Sistem Penasihatan Akademik (SPAk)

MAKLUMAT AM

Sistem Penasihatan Akademik (SPAk)


Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) telah diperkenalkan di politeknik sejak tahun 2004. SPAk diwujudkan sebagai satu saluran perhubungan yang sistematik di antara pelajar dengan Penasihat Akademik (PA). Selain itu, sistem ini turut melibatkan pegawai psikologi (PPsi), kaunselor, pegawai Collaboration, Industrial Services and Employment Centre (CISEC), pegawai Unit Teknologi Maklumat serta warga politeknik amnya.
Tujuan SPAk adalah untuk membangunkan personaliti unggul bagi mencapai kecemerlangan akademik, kemahiran generik dan kesediaan kendiri dalam kerjaya. Justeru, SPAk memberi penekanan penasihatan mengenai pembelajaran dan pencapaian akademik ke arah kecemerlangan pelajar berpandukan Modul Inspirasi Diri (MInD).
Semua pihak yang terlibat berperanan membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan mengatur strategi bagi mencapai tujuan tersebut. Pelajar akan diselia oleh seorang PA dalam kalangan pensyarah sepanjang pengajian di politeknik bagi membangunkan modal insan yang holistik, sesuai dengan kehendak industri serta memenuhi aspirasi negara seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025. 

Comments